Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa

Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa


Beliau adalah Munzir bin Fuad bin Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Aqil bin Ahmad bin ‘Abdurrahman bin Umar bin ‘Abdurrahman bin Sulaiman bin Yaasin bin Ahmad al-Musawa bin Muhammad Muqallaf bin Ahmad bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alwi al-Ghayur bin Muhammad Faqih al-Muqaddam bin ‘Ali bin Muhammad Shahib Mirbath bin ‘Ali Khali' Qasam bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa ar-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal Abidin bin Husein cucu kesayangan Rasulullah, anak kepada Sayyidatina Fathimah - puteri kesayangan Rasulullah - dan Sayyidina‘Ali bin Abu Tholib r.a

Beliau dilahirkan di Cipanas, Cianjur, Jawa barat, pada hari Jum'at, tanggal 23 Februari 1973 bersamaan dengan 19 Muharram 1393H. Beliau mendalami ilmu syariah Islam di Ma'had as-Saqafah yang dipimpin oleh Habib Abdurrahman As-saggaf di Bukit Duri Jakarta Selatan. Seterusnya mengambil kursus bahasa.’Arab di LPBA as-Salafi, Jakarta Timur. Kemudian beliau belajar di Ma’had al-Khairat, Bekasi Timur.

Pengajian beliau tidak terhenti disetakat itu sahaja, seterusnya beliau ke berangkat ke Tarim Hadhramaut Yaman untuk menyambung pengajiannya di Ma’had Darul Musthafa selama 4 tahun. Darul Musthofa adalah sebuah pusat pengajian terkenal yang dipimpin oleh Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz, seorang ulama yang terkenal masakini. Dan menurut berita terkini, Darul Musthofa kini sudah dinaikkan taraf menjadi Jamiah. Allahu Allah. Dan di Darul Musthofa inilah Habib Munzir mendalami ilmu fiqh, ilmu tafsir, ilmu hadits, ilmu sejarah, ilmu tauhid, ilmu tasawuf, mahabbaturrasul s.a.w, ilmu dakwah dan ilmu-ilmu syariah lainnya.

Beliau kembali ke Indonesia pada tahun 1998. Langkah pertama beliau lakukan sekembalinya dari Tarim adalah berdakwah iaitu dengan mengunjungi rumah ke rumah, duduk dan bermesra dengan mereka dan memberi panduan jalan keluar dalam segala permasalahan. Lalu atas permintaan orang-orang yang beliau kunjungi itu maka beliau mulai membuka majlis. Pada peringkat awalnya, jumlah hadirin hanya sekitar enam orang dan beliau terus berdakwah dengan meyebarkan kelembutan Allah Ta’ala, yang membuat hati pendengar sejuk. Dalam menyampaikan dakwahnya, beliau tidak mencampuri urusan politik. Beliau menekankan mengenai tujuan utama manusia dijadikankan iaitu adalah untuk beribadah kepada Allah Ta’ala.iaitu dengan mewarnai kehidupan mengikut panduan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Hasil dari kesabaran beliau berdakwah, kini majlis taklimnya yang lebih dikenali dengan MAJELIS RASULULLAH mempunyai ramai hadirin, mencecah ribuan orang. Bahkan didalam sesetengah majlis-majlis dibeliau adakan, hadirin mencecah puluhan ribu orang. Yang terkini adalah yang beliau, Habib Munzir bersama MAJELIS RASULULLAH dan Ustaz ‘Ariffin Ilham bersama MAJLIS AZZIKRA bergabung mengadakan Tabligh Akbar di Masjid Istiqlal yang mana dihadiri lebih dari 200,000 orang. Dan yang yang membanggakan adalah majoriti daripada para hadirin adalah dari kalangan anak-anak muda.
(sumber: majelisrasullullah.org & majlisilmu.blogspot.com)
Title Post: Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Author: Unknown

Terimakasih sudah berkunjung di blog Kardian Success Line, Jika ada kritik dan saran silahkan tinggalkan komentar

0 komentar:

Post a Comment